Wednesday 26 September 2012

Kesenian

Seni (Art) merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni (kreatif) bagi semua kaum dan bangsa di dunia. Pada masa kini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia.

apabila sesuatu itu dilakukan dengan sempurna, ia juga boleh dianggap seni : kejayaan kejuruteraan seperti Jambatan Golden Gate (Golden Gate Bridge) boleh dianggap sebagai hasil seni. Seni reka juga dianggap sebagai satu gaya kesenian: seperti Menara Eiffel atau katedral Notre Dame.

Aturcara komputer juga boleh dianggap seni.

Seni dan pertukangan berkaitan dengan menghasilkan benda juga merupakan salah satu kesenian. ia merupakan kreativiti yang ada pada seseorang individu untuk menghasilkan sesuatu yang boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh orang ramai.

No comments:

Post a Comment